Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.

Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan Tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol.

Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SESI ICT BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2022

Sesi ICT: Pengenalan kepada komputer, menggunakan emel, kemaskini akaun emel & pengenalan kepada e-dagang....baca selanjutnya

KELAS ICT BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 2 Disember 2022

Kelas ICT: Pengenalan kepada komputer, menggunakan simbol di papan kekunci....baca selanjutnya

KELAS ICT BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 25 November 2022

Kelas ICT: Pengenalan kepada komputer, menaip menggunakan papan kekunci...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SK TUANKU ABDUL RAHMAN

Aktiviti Terkini | 16 November 2022

Pengenalan PEDi...baca selanjutnya

KELAS ICT BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2022

Kelas ICT: Kuiz pengenalan asas kepada komputer & penggunaan ‘Learning Apps’ atas talian....baca selanjutnya

okt_1

KELAS ICT BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2022

Kelas ICT sesi pembelajaran atas talian melalui ‘Learning Apps: abcya.com’...baca selanjutnya

KELAS ICT BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2022

Kelas ICT bagi Pengenalan kepada Komputer. Pembelajaran alatan asas bagi set komuter bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun...baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH: MULTI FACTOR AUTHENTICATION (MFA)

Aktiviti Terkini | 22 September 2022

Penerangan fungsi dan kebaikan Multi Factor Authentication (MFA)...baca selanjutnya

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH & TABIKA KEMAS TAMAN DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2022

Aktiviti Pertandingan Melukis & Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan 2022....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI – CARA UNTUK MENCETAK 'TEST PAGE' DARI PENCETAK ANDA

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2022

Video Tutorial Cara untuk mencetak 'test page' dari pencetak anda....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI – ‘WRAP TEXT’ MS WORD

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2022

Video tutorial ringkas cara menggunakan fungsi ‘Wrap Text’ dalam Microsoft Office Word...baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL / KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA PEDI DESA PERMAI – MESSAGE FILTERING SETTING

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2022

Video tutorial/ KDB Cara Menetapkan ‘Message Filtering’ di telefon pintar....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI – TIPS MS EXCEL: DATA SORTING

Aktiviti Terkini | 23 April 2022

Video tutorial Ms Excel menambah barisan kosong dalam jadual data dengan ‘Data Ascending’..baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI – PROGRAM E-REZEKI DITAWARKAN OLEH MDEC

Aktiviti Terkini | 14 April 2022

Video tutorial pengenalan program e-Rezeki yang dtawarkan pihak MDEC kepada para usahawan tempatan...baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI – ICT MS EXCEL : FUNGSI CONVERTER

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2022

Video tutorial ICT menggunakan fungsi Converter dalam Microsoft Excel...baca selanjutnya

VIDEO PENERANGAN RINGKAS BERSAMA PEDI DESA PERMAI – TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS) 2022

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2022

Video ringkas & penting tentang Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan 2022...baca selanjutnya

KOLABORASI BERSAMA PEDI DESA PERMAI REPAH DAN PEDI PEKAN TAMPIN UNTUK BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT UNTUK TAHUN 2022.

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Kolaborasi Bersama PEDi Desa Permai Repah dan PEDi Pekan Tampin untuk Bacaan Yassin dan Doa Selamat untuk tahun 2022....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI – MICROSOFT WINDOWS MALICIOUS SOFTWARE REMOVAL TOOL

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2022

Video tutorial ringkas cara menggunakan Microsoft Windows Malicious Software Removal Tool....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti