Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.

Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan Tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol.

Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


‘PHYSIC WORD SEARCH’

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang kebaikan internet dalam mengulangkaji pelajaran...baca selanjutnya

‘FAST TYPING’

Aktiviti Terkini | 24 November 2019

Peserta dikehendaki menaip sepantas yang mungkin mengikut perkataan dan masa yang diberi. Peserta yang berjaya menaip pantas dan markah yang paling tertinggi akan dipilih sebagai pemenang...baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASIN DAN TAHLIL

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2019

Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PIM dengan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 21 September 2019

Program ini dapat melahirkan para pelajar yang mahir dalam bidang teknologi dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PIM dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Pelbagai pertandingan diadakan sempena Program Hari Kemerdekaan seperti Pertandingan Word Search dan Pertandingan Memperagakan Pakaian Kebangsaan dan Kebudayaan....baca selanjutnya

PROGRAM INTERAKTIF KOMPUTER DI SK DR SULAIMAN, TAMPIN

Aktiviti Terkini | 19 & 26 Julai 2019

Program Kelas Asas Komputer merupakan salah satu aktiviti bagi memberikan pendedahan dan pengalaman ini bertujuan dalam menyediakan kemahiran asas penggunaan komputer....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Aktiviti yang pertama dimulai dengan word search hari raya untuk kanak-kanak. Seterusnya di sambung dengan pertandingan kuiz teka kuih raya bagi kanak-kanak....baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2019

Program ini memberi peluang untuk merapatkan hubungan antara Pusat Internet dan komuniti setempat dan memberi peluang untuk memperkenalkan fungsi Pusat Internet kepada komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 06 April 2019

Para peserta diberi latihan untuk cara menaip dengan betul dan mahir di Microsoft Word. Latihan diberikan adalah Jadual kelas....baca selanjutnya

KEM SANTAI BICARA ILMU

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2019

Slot Bersama Imam Muda Nazrul tentang tajuk “Dunia Sudah Berubah” yang mana zaman dari kecil berubah bila meningkat dewasa....baca selanjutnya

PROGRAM I-SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Pelaksanaan program ini bersesuaian dengan kempen yang di jalankan oleh kerajaan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti dan masyarakat Malaysia...baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA USAHAWAN AYAM GORENG CRISPY RM1.00

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2019

Program ini merupakan program bersama akademi usahawan dari Senawang, Negeri Sembilan. Akademi usahawan ini bergiat aktif dalam perniagaan ayam goreng crispy RM1.00, bahkan mereka juga turut menjalankan perniagaan pencetakan baju dan logo...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti