Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.

Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan Tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol.

Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM E-LEARNING (JOM MANFAATKAN CUTI SEKOLAH)

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Program E-Learning merupakan education games yang berteraskan kepada pendidikan yang menguji minda adik-adik dengan permainan yang mencabar seterusnya dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Hari Perasmian PI1M ini dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara staff dan juga penduduk komuniti setempat. Selain itu, ianya dapat mempromosikan PI1M kepada seluruh penduduk komuniti di kawasan Repah....baca selanjutnya

Program Puzzle Planet Bersama Murid Tabika Perpaduan Tmn Desa Permai

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2017

Puzzle planet merupakan puzzle online yang mempunyai pelbagai corak atau gambar yang boleh disusun atau dimainkan secara online.Kelebihannya memberi daya pemikiran yang kreatif kepada kanak-kanak....baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 14 - 15 Oktober 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan 3D software kepada komuniti setempat dan juga menarik minat komuniti dalam mempelajari benda yang baharu. 3D software merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk membuat objek dalam bentuk 3 dimensi dan mencetak dengan menggunakan pencetak digital. Untuk program ini pelajar didedahkan dengan cara-cara membuat design dengan menggunakan Sketch Up software dan kemudiannya mencetak dengan menggunakan 3D printer.....baca selanjutnya

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI PI1M PEKAN TAMPIN

Aktiviti Terkini | 15 September 2017

Sempena Hari Malaysia 16 September 2017 Pi1m Pekan Tampin mengadakan program dashboard komuniti. Disamping itu penerangkan mengenai aplikasi dashboard komuniti yang di install di dalam perisian telefon bimbit kepada komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2017

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun PI1M Repah ingin mengadakan kelas mewarna bendera menggunakan platform “PAINT”....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2017

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan keselamatan semasa melayari internet. Klik Dengan Bijak ( KDB) menyasarkan kanak-kanak dan remaja lebih terdedah kepada jenayah siber dan penyalahgunaan dalam talian. Oleh itu, program ini menyediakan langkah utama yang perlu diperhati dan diamalkan semasa melayari internet....baca selanjutnya

PROGRAM MEMBUAT KAD RAYA MENGGUNAKAN POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Repah ingin mengadakan program mencipta kad hari raya menggunakan Power Point....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA SEMPENA HARI GURU BERSAMA MURID TABIKA PERPADUAN TMN DESA PERMAI TAMPIN

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2017

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah sempena mengingati Hari Guru iaitu pada16 Mei.Selain itu juga aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar dalam seni mewarna....baca selanjutnya

PROGRAM E-LEARNING BERSAMA MURID TABIKA PERPADUAN TAMAN DESA PERMAI

Aktiviti Terkini | 14 April 2017

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya internet di dalam pendidikan.Istilah e-learning juga dapat didefinasikan sebagai sebuah bentuk teknologi informasi yang diterapkan di dalam pendidikan dalam bentuk maya....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti