Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.

Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan Tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol.

Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


VIDEO TUTORIAL BERSAMA PEDI DESA PERMAI – TWO STEP VERIFICATION WHATSAPP

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Video tutorial ringkas cara aktifkan ‘Two Step Verification’ di aplikasi Whatsapp pengguna....baca selanjutnya

SESI FACEBOOK LIVE BERSAMA PEDI DESA PERMAI, KG. TENAI & TAMAN SENTOSA

Aktiviti Terkini | 26 November 2021

Penerangan asas maklumat ‘Cyber Safety’ (Keselamatan Siber). Pendedahan laman sesawang rasmi ‘Cyber Security Malaysia’. Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Cyber Security Malaysia’ untuk orang awam dan juga syarikat-syarikat swasta....baca selanjutnya

SESI ASAS MICROSOFT MEETING BERSAMA PIK DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2021

Tips dan aktiviti yang di jalankan: Cara mengendalikan penggunaan aplikasi mesyuarat atas talian menggunakan aplikasi Microsoft Meeting dengan desktop. Pendaftaran emel dan penentapan persediaan mesyuarat....baca selanjutnya

TIPS MUDAH MELANCARKAN ‘DEVICE % DISK’ BERSAMA PIK DESA PERMAI REPAH (FACEBOOK VIDEO)

Aktiviti Terkini | 26 September 2021

Tips dan aktiviti yang di jalankan: Kenal pasti ciri-ciri komputer yang mengalami masalah. Senarai tips-tips yang boleh digunakan mengatasi % disk komputer penuh/ berat. Contoh cara-cara menggunakan senarai tips dalam bentuk video....baca selanjutnya

KENALI MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BERSAMA PIK DESA PERMAI REPAH, KG. TENAI & TAMAN SENTOSA (FACEBOOK LIVE)

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2021

Tips dan aktiviti yang di jalankan: Latar belakang dan sejarah Malaysia, Penjelasan maksud jata negara, rukun, bunga kebangsaan dan bendera Malaysia & Kenali tokoh-tokoh pejuang tanahair....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE BERSAMA PIK DESA PERMAI REPAH, KG. TENAI & TAMAN SENTOSA.

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2021

Tips dan aktiviti yang di jalankan: Isu maklumat/berita palsu / Isu buli siber / Isu ‘over sharing’...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE BERSAMA PIK DESA PERMAI REPAH, KG. TENAI & TAMAN SENTOSA

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2021

Tips dan aktiviti yang di jalankan: Isu keganasan siber,Isu keselamatan computer & Isu Pengawasan anak dalam talian...baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Penggunaan MS Excel Office,Menggunakan Excel untuk masukkan data dan membuat graf,Menyimpan fail excel dalam bentuk pdf & Menggunakan printer....baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 25 April 2021

Cara ringkas menambah perkataan atau symbol untuk tugasan sekolah...baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Pengenalan kepada Canva dan Cara membuat poster menggunakan Canva...baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2021

Penggunaan MS Excel bagi pelajar darjah 5...baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PI DESA PERMAI REPAH

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Cara membuat resume menggunakan aplikasi di canva.com...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti