PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 28 Julai 2017

Tempat Aktiviti:
Sek. Keb. Dr. Sulaiman

Tujuan :
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan keselamatan semasa melayari internet. Klik Dengan Bijak ( KDB) menyasarkan kanak-kanak dan remaja lebih terdedah kepada jenayah siber dan penyalahgunaan dalam talian. Oleh itu, program ini menyediakan langkah utama yang perlu diperhati dan diamalkan semasa melayari internet.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
B : Berbudi bahasa, Bertanggungjawab, Berfikir dahulu, berhati-hati dan juga bijak berkongsi maklumat dengan orang lain
I : Informasi, Identiti, Ingat , Internet yang positif dan interaksi dengan berhemah
J : Jaga keselamatan diri dan jangan lakukan perkara yang buruk dialam siber
A : Akses dengan selamat,aktifkan fungsi privasi
K : Klik laman berfaedah, kenalpasti rakan,keselamatan harus diutamakan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :